Kerajaan harus menjadikan pencemaran air oleh syarikat-syarikat dan pengilang-pengilang sebagai suatu jenayah. Hal ini bermakna pemilik syarikat dan pengusaha kilang yang mencemarkan sungai dan air dengan pelbagai sisa kimia dan dipenjarakan jika didapati bersalah.
Dalam pada itu, hukuman denda RM 10 000 atau penjara enam bulan bagi kesalahan mencemarkan sungai tidak mengerunkan pesalah. Kerajaan harus mengenakan hukuman lebih keras sebelum masalah ini menjadi sesuatu krisis .
Seterusnya, pemantauan kerap oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) menggunakan helicopter harus dijalankan di lokasi-lokasi kritikal. Tindakan pantas dan berkesan perlu diambil bagi mendakwa pesalah . Janganlah tunggu hingga didedahkan oleh pihak media massa baru hendak mengambil tindakan .
Seperkara lagi ialah kita tidak mahu pelbagai pihak saling menunding jari dalam hal ini. Perbuatan itu menunjukkan kelemahan pihak-pihak tersebut . Setiap pihak diamanahkan tangungjawab yang perlu dilaksanakan dan tanggungjawab itu hendaklah dilaksanakan dengan adil,telus, dan cekap .
Sebagai kesimpulannya, kita haruslah bersikap tegas demi memelihara alam sekitar dan air , iaitu sumber kehidupan kita. Alam dan air yang bersih akan membolehkan kita hidup dalam keadaan yang sihat dan selamat.
betul 3x
BalasPadam